Gadis kampung disiasat jiran yg terkejut bila mengetahui kerjanya yg sebenar

Hidup di kota amat menyeksakan.

Bagi Zakiah dengan tiga adik beradiknya, mereka telah bersedia untuk mengharunginya walaupun datang dari pekan yang kecil.

Sebagai anak sulung, Zakiah berasa seperti dia terpaksa bertanggungjawab menunjuk ajar adiknya Zuri dan Zeti.

Tetapi anak perempuan Kuala Lipis ini tidak dapat mencari peluang pekerjaan yang lebih baik kerana kelayakan pendidikannya yang terhad.

Dia hanya dapat menyelesaikan pendidikannya hingga ke sekolah rendah.

“Dulu, saya bekerja di Singapura sebagai seorang pembersih saja. Saya tidak mempunyai sebarang kemahiran atau sijil pun. Saya teruk pada komunikasi, sering takut di kalangan orang ramai, “kata Zakiah sewaktu dia dinobatkan sebagai PropertyGuru Top Real Estate Agent baru-baru ini di anugerah MIEA National Real Estate Awards di Kuala Lumpur.

Zakiah sungguh menghargai kawannya Shukri, kerana memperkenalkan dia kepada dunia hartanah.

“Real estate ni bukan impian saya tetapi saya suka belajar dan menaik tarafkan hidup saya.” katanya bila Shukri memintanya menyertai beliau di Kuala Lumpur.

Zakiah dibawa keluar dari zon selesanya untuk memulakan perjalanan yang penuh dengan cabaran. Beliau mengakui bahawa peringkat awal adalah sukar kerana ketidakupayaannya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, terutamanya dengan pelanggan-pelanggannya yang datang dari Eropah atau Amerika Syarikat.

Memang susah mencari rezeki masa itu.

“Ada kalanya saya tiada duit untuk mengisi petrol untuk motosikal saya. It yang membuat saya susah bertemu dengan klient saya” Zakiah ketawa.

Tapi akhirnya Zakiah berjaya mencapai sukses dengan tekad.

Selepas bertahun-tahun berkhidmat sebagai ejen, Zakiah kini memiliki sebuah syarikat hartanah bernama Daya Setia Sdn Bhd.

“Perjalanan itu susah tetapi anda mesti menghadapinya.” Itulah nasihat terbaik yang diberi oleh pensyarah MIEA.

Beliau berkata bahawa perjalanannya menjadi top agen serupa menunggang basikal. Anda tidak boleh berhenti, kalau tidak anda pasti jatuh. Oleh itu, anda harus menunggang.

Bagi mereka yang baru bermula di pasaran hartanah, Zakiah menasihati bahawa; “Jangan berputus asa. Kenali titik lemah anda dan menguatkannya. Bekerja keras dan anda akan mencapai impian kamu juga!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *